BANGI, 27 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM6.2 juta selepas 28 syarikat kenderaan barangan dan pengendali bas ekspres yang disenarai jabatan itu sebelum ini tampil menyelesaikan 34,371 saman tertunggak dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.